Program Kediamankita ditubuhkan di bawah Pihak Pemaju Perumahan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar dan di luar bandar yang berpendapatan purata antara RM1,500 hingga RM10,000 sebulan. Program ini juga menawarkan tiada sebarang bayaran untuk peringkat permulaan termasuk Yuran Guaman dan Booking. Anda hanya perlu buat bayaran bulanan sahaja selepas pinjaman diluluskan.
Kami membangunkan projek perumahan yang sesuai untuk keluarga yang mencari rumah selesa dengan harga yang berpatutan. Setiap projek dipilih di lokasi yang mudah diakses dan berhampiran kemudahan penting seperti sekolah, hospital dan pasar raya.
Rumah dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, dengan proses pembelian yang mudah dan sokongan penuh dari awal hingga siap. Pilihan lot seperti corner, end lot dan intermediate bergantung pada projek semasa.
Servis ini disediakan untuk pemilik tanah yang ingin membina rumah sendiri mengikut bajet dan keperluan keluarga. Kami uruskan proses daripada pelan, kelulusan pihak berkuasa, struktur, sehinggalah rumah siap dibina.
Pelanggan boleh pilih rekabentuk sedia ada atau sesuaikan mengikut cita rasa. Semua binaan mengikut spesifikasi yang standard dan menggunakan bahan yang tahan lama.
Kami menawarkan kerja renovasi untuk menaik taraf rumah sedia ada seperti ubah suai dapur, bilik air, ruang tamu ataupun sambungan tambahan. Sesuai untuk pemilik rumah yang mahu menjadikan rumah lebih selesa dan kemas.
Setiap kerja dilakukan mengikut bajet dan jadual yang dipersetujui, dengan hasil kerja yang kemas dan profesional.
Kami tidak sekadar tunjukkan projek atau harga. Kami nilai gaji, komitmen dan pilihan pembiayaan anda supaya cadangan yang diberi betul-betul boleh diluluskan dan sesuai untuk anda.
Kami terlibat secara langsung dalam pembangunan projek perumahan dan bina rumah. Dari pelan, kelulusan, tapak, pembinaan, sehinggalah kunci diserahkan.
Ramai pembeli pertama kali tidak tahu prosedur LPPSA, bank, SPA, atau proses bina rumah. Di sinilah kami bantu terangkan langkah demi langkah supaya anda faham apa yang berlaku dan apa yang perlu dibuat.
Setiap kes kami rekod dan pantau sehingga selesai. Jika ada isu semakan dokumen, tandatangan atau permohonan, kami beritahu awal supaya proses berjalan lancar tanpa kelewatan.
BERMINAT MENJADI EJEN?